Pejuang Tanah Malayu

Kita sering didedahkan dan terpesona dengan kehebatan serta keberanian pejuang Islam di negara-negara luar dalam memperjuangkan serta memartabatkan tamadun mereka. Nama-nama termasyur seperti Syaidina Hamzah, Khalid Al-Walid, Salahuddin Al-Ayyubi, Tariq bin Ziyad dan sebagainya telah sebati dengan sejarah perkembangan tamadun Islam. Namun dalam masa yang sama kita perlu juga mengambil kira pengorbanan yang telah diberikan oleh wira-wira negara semoga ianya akan dapat meningkatkan jati diri umat Islam di rantau ini.

Sekiranya diteliti sejarah silam, pengorbanan para pejuang tanah air dalam usaha menghalang penjajahan serta membebaskan negara daripada cengkaman serta penindasan bangsa asing/ kufar adalah sangat berharga dan selayaknya mereka diiktiraf sebagai wira dan syuhada’.  Tanpa benih semangat perjuangan yang mereka taburkan, bangsa Melayu Islam tidak akan sedar serta bangkit menentang penjajahan dan besar kemungkinan akan tetap berada pada ‘takuk’ lama.

Para pejuang Islam Melayu adalah kebanyakkannya bangkit menentang British kerana telah cuba mencampuri urusan agama, akidah dan menjajah negara. Sebagai memperingati perjuangan mereka, berikut ini disenaraikan tokoh-tokoh pejuang Islam di Tanah Melayu yang ada diantaranya menemui syahid ditangan penjajah:-

Tahun Nama Tempat Jasa dan Pengorbanan
1817-1918 (Hidup) Sayyid Abdul Rahman al-Idrus (Tok Ku Paloh) Terengganu Mengetuai perundingan dan menghalang penjajahan Bristish di Terengganu. Memperkukuhkan dan memperbesarkan pasukan pahlawan menjadi besar dan tersusun. Membantu perjuangan Dato’ Bahaman, To Gajah Dan Mat Kilau.
1877 (Akhir tahun perjuangan) Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam Pasir Salak, Perak. Menentang pencerobohan British yang mencabar ketuanan Raja-Raja Melayu Islam di Perak. Dengan persetujuan mesyuarat Raja-Raja, beliau telah merancang pengusiran penceroboh British dengan berbagai cara serta berjaya membunuh wakil British di Perak iaitu J.W.W Birch.
1877 (Akhir tahun perjuangan) Dato’ Sagor Pasir Salak Perak Berjuang mentang pencerobohan British dan merancang J.W.W. Birch bersama Dato’ Maharaja Lela
1853-1915 (Hidup) Haji Mat Hassan (Tok Janggut) Pasir Puteh, Kelantan Menentang penindasan oleh penjajah British.
1868-1929 (Hidup) Haji Abdul Rahman Limbong Terengganu Seorang ahli Sufi yang menentang penjajah menggunakan kuasa mahkamah.
1891 (Tempoh kemuncak pemerintahan) Long Mansor Long Ahmad (Sultan Mansur) Kelantan Memberi sokongan serta perlindungan kepada perjuangan menentang British yang diketuai oleh Dato’ Bahaman.
1891-1895 (Tempoh kemuncak perjuangan) Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh (Dato’ Bahaman) Pahang Pengetuai penentangan terhadap pencerohoh kuasa British dan sekutunya antara tahun 1891-1894 dan berjaya menawan beberapa kawasan sekitar negeri Pahang.
1891-1895 (Tempok kemuncak perjuangan) Imam Rasu bin Shahrum (Tok Gajah) Pahang Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang.
1865-1970 (Hidup) Mat Kilau bin Imam Rasu Jerantut, Pahang Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu melakukan penentangan ke atas pihak British walaupun tidak mendapat sokongan Sultan yang pada masa itu hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British.
1874-1977 Haji Nong Taib bin Santan (Pawang Nong) Kuala Lipis, Pahang Menentang penjajahan British, Komunis dan Jepun.
1897-1900 (Tempoh kemuncak perjuangan) Datu Mat Salleh Sabah Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai perjuangan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari 1900
1932-1950 (Hidup) Rosli Dhoby Sibu, Sarawak Berjaya membunuh Gabenor penceroboh British di Sarawak iaitu Duncan George Steward.
1916-1959 Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim (Kiyai Salleh) Johor Berjuang menentang Komunis, Tentera Jepun dan menentang penjajahan British.
1957-1970 Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Tanah Melayu Memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada Penjajahan British. Di kenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Oleh kerana keterbatasan sumber rujukan, masih ramai lagi nama-nama pejuang yang berjasa yang tidak tersenarai  dalam ruangan ini. Diharap senarai ini akan dapat sentiasa dipertingkatkan dan dikemaskini dari masa kesemasa.

Kini sudah sampai masanya kita memadamkan kesemua retorik yang direkacipta oleh bangsa-bangsa penjajah dengan melabelkan para pejuang ini sebagai pemberontak, pembelot, pengganas dan sebagainya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat supaya tidak bangkit menyokong mereka.

Kekuatan Manusia Pada Al-Quran

Lebih menakjubkan perkataan solat muncul sebanyak lima kali, hari bulan sebanyak 12 kali dan hari terdapat sebanyak 365 kali. Penemuan ini telah disebarkan melalui internet secara meluas untuk dikongsi manfaatnya oleh seluruh manusia.

Orang yang mempunyai akal yang sihat akan mengatakan, Tidak mungkin suatu itu berlaku secara kebetulan bahkan ada perancangan yang jitu daripada yang menjadikan alam ini. Akal yang tajam akan mengakui kewujudan Tuhan yang Maha Berkuasa dalam menetapkan semua itu.

Tidak mungkin Rasulullah s.a.w. melakukan sendiri tanpa bimbingan penuh atau wahyu yang diturunkan. Sememangnya semua perkara itu berada dalam perancangan dan pengetahuan Allah. Dia menurunkannya kepada manusia pilihan-Nya?

Di sinilah kekurangan kita, banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kalaupun kita mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Tetapi kalau kita mengetahui tafsirannya, kita tidak mengetahui rahsianya.

Rahsia al-Quran keseluruhannya sudah tentu hanya ada di sisi Allah S.W.T. Namun manusia perlu terus berusaha memahami rahsia-rahsia ini setakat yang terdaya. Sebenarnya nilai iman dapat ditingkatkan jika rahsia demi rahsia itu dapat diungkai selari dengan bertambahnya usia manusia. Bukan sahaja nilai iman mereka yang beragama Islam, malah mereka yang ingkar selama ini, tidak mustahil akan menerima nur hidayah.

Allah berfirman, Wahai manusia, sungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhan-mu (Nabi Muhammad dan mukjizatnya); dan Kami telah menurunkan kepadamu satu cahaya (al-Quran) yang terang benderang.” (An-Nisaa, 174)

Pada suatu masa Rasulullah s.a.w. ditanya, “Apakah Nur itu?”

Baginda menjawab, Apabila Nur itu memasuki hati maka lega dan lapanglah hati itu.”

Kemudian ditanya lagi, Bagaimanakah tandanya? Sabda baginda, Hati itu tidak lupakan tempat kembalinya ke Darul Khuld (negeri Akhirat yang kekal). Dia tidaklah bermasyghul (sibukkan) dengan keduniaan kerana dunia ini merupakan tempat perayaan (dan percubaan). Hati itu selalu mengingati kematian sebelum tibanya kematian itu.”

Abdullah bin Masud berkata, Ilmu itu diperoleh bukanlah kerana semata-mata banyak riwayat (sumber biasa), tetapi diperoleh dengan nur yang dicampakkan oleh

Allah ke dalam hati seseorang.”

Sudah tentu untuk mendapat nur itu, hati perlu didekatkan selalu kepada Tuhan al Quran merupaka penghubungnya.

Dizaman keagungan Islam dahulu para bijak pandai dari Greek pergi belajar ke Baghdad, banyak ilmu telah diterjemahkan kedalam Bahasa Latin. Pada zaman selepas kegemilngan Islam, para cendiakawan dari Eropah telah mempelajari ilmu dari Greek dan dibawa pulang ke Eropah dengan katanya ilmu itu diterjemah dari Bahasa Latin.

Oleh itu wahai penghuni global ketahuilah oleh kamu bahawa segala ilmu yang ada didunia ini adalah berasal dari al-Quran.